Sunday, July 11, 2010

BERMULA PERTARUNGAN PENDEKAR-PENDEKAR MUDA NEGERI MELAKA

5 Julai 2010 bertempat di Dewan Bistari, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka, bermula pertarungan pendekar muda negeri Melaka bagi merebut 12 gelaran juara. Kejohanan dimulakan dengan upacara perasmian olen Yang Berbahagia En. Md. Ali Saed, Pengetua Kanan SMK Munsyi Abdullah. Seterusnya upacara pembukaan gelanggang oleh Cikgu Masrizal Rahmat dari Perguruan Sendeng dan penyerahan keris kuasa kepada Ketua Pertandingan Silat Olahraga. Pertandingan berjalan lancar. Terdapat beberapa kecederaan kecil berlaku sepanjang hari pertama kejohanan, walaubagaimanapun dengan ketangkasan pihak Jabatan Pertahanan Awam Malaysia sepanjang kejohanan kecederaan yang berlaku dapat ditangani dengan efektif. Mengikut perancangan perlawanan pada hari pertama dihabiskan pada perlawanan ke 82 tetapi disebabkan kekangan masa perlawanan terpaksa ditamatkan pada perlawanan ke 75 dan di sambung ke hari berikutnya.

No comments:

Post a Comment