Sunday, July 4, 2010
Sesi timbangan dan undian silat olahraga dan seni
Sesi timbangan dan dan undian silat olahraga dan seni telah dijalankan pada 1 Julai 2010 seawal jam 8.00 pagi di Dewan Bistari, Jabatan Pelajaran Negeri Melaka. Seramai 150 orang peserta silat olahraga telah hadir untuk sesi timbangan tersebut. Sesi timbangan tersebut bertujuan bagi mengesahkan kategori peserta tersebut dalam kategori silat olahraga. Sesi timbangan tersebut berjalan dengan lancar. Walaubagaimanapun terdapat beberapa peserta terpaksa dibatalkan penyertaan disebabkan berat melebihi daripada kategori yang didaftarkan. Pada tahun ini kategori silat olahraga telah ditambah dari 6 kategori kepada 12 kategori. Pada jam 10.30 timbangan telah selesai dijalankan dan sesi undian bagi menentukan pihak lawan diadakan pula. Dijangkakan sebanyak 119 perlawanan yang melibatkan seramai 131 pesilat akan dilaksanakan sepanjang 3 hari kejohanan tersebut bermula dari 5 Julai hingga 7 Julai 2010. Diharap peserta silat olahraga yang berjaya semasa sesi timbangan akan berjuang dengan semangat kejohanan yang tinggi dan jangan dilupakan sikap dan adab sebagai seorang pesilat sepanjang kejohanan.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment